Friday, July 15, 2011

Peri Puisi :|

Aku ambik dari blog yang secara kebetulan aku jumpa
Bila dibaca berkali kali aku pun berkata
"Benar apa yang dia kata.Terlampau benar"
aku nak repost balik 

tak ada rupa cantik
tak pandai pakai mekap
tak pandai jalan lenggang
pakai baju compang camping
bersiap ikut suka
pendek kata, serba serbi kurang gaya.

kenapa, perempuan ini tak pakai bergaya-bergaya?
mini skirt mungkin, dengan legging ikut kaki,
headband comel corak rerama,
rantai labuh melurut di dada?
kenapa pakai biasa-biasa?
jeans biasa,
tshirt cardigan biasa,
tudung entah apa-apa?

dia cuma mau jadi dia.
yang selesa, yang bukan mau tambat hati siapa-siapa.
biarlah. dia gembira.
biarpun gayanya bukan kota.

Penulis puisi nieh memang terbaik!

Jika direnungkan balik ya aku pun begitu
Aku tak dapat jadi seperti gadis-gadis lain yang aku lihat
Wah mereka sangat superb.tahu bergaya.lemah lembut
cara mereka menawan hati
senang kata gadis idaman semua
Tetapi itulah realiti
Aku tak mampu nak mengubah diri aku kerana aku rasa sangat
tidak sesuai dgn perwatakan aku yang biasa saja haha



No comments:

Post a Comment